DATO’ ABD. RASHID BIN HARUN (CP)
Ketua Polis Sabah

"Program ini sudah pasti akan menjadikan satu inisiatif kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda yang sedang meningkat naik untuk terus menjadikan warganegara yang bebas daripada jenayah. Di samping itu, pucuk pimpinan PDRM amat menyambut baik dengan langkah yang telah dijalankan oleh Persatuan KER1M ini, yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat negara ini bebas jenayah, melalui penerapan konsep ‘Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada’ iaitu satu jaringan kerjasama yang perlu wujud di antara kedua-dua belah pihak, jika kita ingin melihat negara kita bebas jenayah sepenuhnya. Oleh yang demikian, amat wajarlah Kempen tersebut dilancarkan."