SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

"Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pengerusi dan Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) di atas usaha baik dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan kebajikan masyarakat khususnya dalam Program Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M).

Sepertimana yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, Persatuan KER1M adalah sebuah pertubuhan yang aktif dan harus dijadikan contoh kerana KER1M banyak berusaha dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan dan mengambil sebahagian tugasan Kerajaan dalam menghulurkan bantuan kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik."