PERANAN

KER1M bertanggungjawab sebagai sebuah pertubuhan yang memberikan sokongan serta kerjasama erat kepada kerajaan dalam membangunkan negara serta mengeratkan hubungan silaturrahim perkauman yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bangsa. KER1M sentiasa menyeru semua rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain serta berusaha bersama-sama menjayakan 'MYTN50' dan menjayakan 'Gagasan 1 Malaysia' menuju Transformasi Negara.

Visi & Misi

Bersedia membantu individu yang memerlukan bantuan kebajikan, sokongan moral dan khidmat nasihat.Melahirkan generasi yang berkualiti dan menjadikan rakyat sentiasa bertolak-ansur, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.Mewujudkan penilaian perkauman di Negara kita dan menghormati adat dan perlembagaan setiap kaum.Membantu kerajaan mengenal pasti rakyat yang memerlukan dan melengkapkan aktiviti kerajaan sepenuhnya.Bertanggungjawab melaksanakan program demi rakyat.Memperkasa nama 'Gagasan 1 Malaysia' dan menjadikan ianya terbukti dengan sokongan dan komitmen rakyat yang berbilang kaum.

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M)
Program Pinjaman Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia
Program Akademi Kulinari 1 Malaysia (AK1M)
Program Jelajah Kempen Kesedaran HIV/AIDS
Penerbitan Buku-buku Berkaitan YAB Perdana Menteri Malaysia
Penerbitan Buku Nostalgia YAB Dato Sri Najib 40 Tahun
Penerbitan Buku MYTN50 Masa Depan Negaraku
Program Semarak Rukun Negara
Program Pencegahan Jenayah Bersama PDRM dan RELA
Program Transformasi Penjimatan Aliran Insuran untuk Sektor Korporat / GLC / GLIC / Agensi Kerajaan melalui jalinan kerjasama rakan strategik broker dan syarikat insuran melalui sokongan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Program Pendidikan 1 Malaysia
Program Kesukanan 1 Malaysia
Program Kebajikan RELA
Program Bantuan Kebajikan Rakyat 1 Malaysia
Program Kempen Derma Darah
Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang
Program Pemasangan Billboard 3D 1 Malaysia
Bantuan Sampingan / Aktiviti / Ceramah / Kebajikan / dan lain-lain

Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) adalah pertubuhan yang ditubuh khas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan sosial masyarakat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan status.

Pertubuhan ini berteraskan kepada prinsip 'Gagasan 1 Malaysia' yang dikenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak melalui idea beliau untuk mewujudkan satu negara yang bersatu dan maju. KER1M diberikan tanggungjawab untuk melengkapkan pelbagai tugasan Kerajaan dan menganjurkan program-program yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat serta generasi akan datang. Kami menyokong usaha kerajaan dalam mentadbir negara dengan aman dan damai dan memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan, kelebihan dan segala hak sebagai warganegara Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, kami menjemput perhatian semua individu untuk tampil memberikan kerjasama dan tanggungjawab dalam memajukan lagi negara tercinta kita ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Malaysia terbukti sebagai sebuah negara yang prihatin yang terdiri dari berbilang kaum yang akan terus mencipta sejarah dan sepatutnya dijadikan contoh.