KER1M aktifkan media sosial untuk mudahkan interaksi

  2016-02-21

 

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh berinteraksi dengan Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) di media sosial melalui platform Twitter, Facebook dan Instagram.

KER1M dalam satu kenyataan di sini berkata pengguna media sosial boleh  melayari laman Twitter dan Instagram persatuan itu dengan kata carian @KER1MALAYSIA, manakala www.facebook.com/KER1MALAYSIA bagi laman Facebook.   

KER1M yakin jaringan media sosial ini akan memudahkan anggota persatuan, media dan orang ramai berinteraksi, berkongsi maklumat dan mengikuti perkembangan semasa aktiviti serta program persatuan, kata kenyataan itu.

KER1M adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti kebajikan sosial masyarakat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan status. - Bernama