Penyerahan Sumbangan Bantuan Kerusi Roda 1Malaysia (BKR1M)

  2015-12-10

 

Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang giat melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan demi mewujudkan kesejahteraan hidup rakyat yang lebih selesa.

KER1M bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat dan membantu meringankan beban kepada mereka yang benar-benar layak dan memerluan bantuan.

Di antara program yang telah kami jalankan adalah seperti bantuan ke rumah anak-anak yatim, memberi sumbangan kepada rumah kebajikan dalam bentuk barang keperluan harian, makanan, bantuan baju sekolah, bantuan kerusi roda dan banyak lagi kempen kemasyarakatan yang telah dilakukan dan bakal dirancang pada masa akan datang.

Bagi menyempurnakan usaha khidmat kemasyarakatan ini, kami dengan rendah hati akan menyerahkan Bantuan Kerusi Roda 1Malaysia (BKR1M) kepada 4 orang penerima yang layak bagi meringankan beban dan derita yan ditanggung oleh mereka selama ini.

Program penyerahan ini diharap dapat dihebahkan oleh media dan akhbar arus perdana untuk bersama-sama kami dalam memberi sokongan kepada mereka yang tidak berkeupayaan di samping dapat menyumbang peranan dalam khidmat sosial demi keselesaan kehidupan mereka.