Anugerah CSR KER1M

  2016-02-29

 


PUTRAJAYA: Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah melancarkan Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai pengiktirafan kepada penaja-penaja dan penyumbang khususnya daripada sektor korporat yang telah banyak membuat program-program CSR.

Anugerah ini layak diterima oleh syarikat-syarikat korporat, penaja atau penyumbangan yang mengintegrasikan keperluan ekonomi dan masyarakat persekitaran yang memerlukan bantuan.

Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dan komuniti dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat.

Tujuan Utama CSR adalah bagi mengiktiraf usaha, program dan aktiviti oleh syarikat-syarikat korporat terutamanya yang telah menunaikan tanggungjawab CSR dan membudayakan konsep Kebajikan Tanggungajwab Bersama demi kepentingan sosial negara.

KER1M akan menjemput sektor swasta yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam program dan aktiviti yang dianjurkan KER1M bagi melayakkan mereka menerima anugerah ini.