AHLI KEHORMAT ( AK ) Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia

AHLI KEHORMAT ( AK )

Ahli Kehormat (BIRU) adalah keahlian biasa yang diberikan kepada individu yang berdaftar untuk menjadi sukarelawan untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh KER1M. Pemegang Kad ini juga merupakan Ahli Aktif dan kad ini tidak memiliki apa-apa kuasa Kerajaan / Keistimewaan yang sedia ada di Kad Ahli Kehormat VIP. Kad ini tidak boleh disalahgunakan atau menyamar sebagai anggota Kerajaan. Setiap kad ini dikawal dengan pendaftaran dan mana-mana individu yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan Pelantikan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Untuk mendaftar Ahli Sukarelawan sila gunakan borang online yang disediakan. Individu yang tidak aktif atau tidak menyertai program anjuran akan dibatalkan serta merta.
AHLI KEHORMAT ( AK ) Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia

AHLI KEHORMAT ( AK )

Ahli Kehormat (PERAK) adalah keahlian Kehormat yang diberikan kepada individu yang berdaftar untuk menjadi ahli dengan menaja, menyumbang atau mengambil bahagian dalam program-prorgam kebajikan yang dianjurkan oleh KER1M. Pemegang Kad ini juga merupakan Ahli Aktif dan seorang yang menyumbang bantuan dari segi kewangan, material atau khidmat nasihat yang dapat menjayakan masa depan serta objektif pertubuhan ini. Kad ini tidak boleh disalahgunakan atau menyamar sebagai anggota Kerajaan. Setiap kad ini dikawal dengan pendafatran dan mana-mana individu yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan Pelantikan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Untuk mendaftar Ahli Kehormat (AK) sila gunakan borang online yang disediakan dan pendaftaran ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Ahli Kehormat ini akan menerima surat lantikan, sijil penghargaan, kad ahli, pelekat kereta, crest kereta, uniform 1 Malaysia, insuran kemalangan PERCUMA dan juga pelbagai bantuan serta akses peluang perniagaan dan juga dapat melibatkan diri dalam program-program anjuran KER1M. Kad Ahli ini tidak boleh ditukar milik dan sah lakunya untuk tempoh setahun. Caj minimum dikenakan untuk pembaharuan setiap tahun.
AHLI KEHORMAT VIP Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia

AHLI KEHORMAT VIP

Ahli Kehormat (EMAS) adalah keahlian Kehormat VIP yang diberikan kepada individu yang berdaftar untuk menjadi dengan menaja, menyumbang atau mengambil bahagian dalam program-prorgam kebajikan yang dianjurkan oleh KER1M yang diluluskan secara Jemputan sahaja. Pemegang Kad ini juga merupakan Ahli Aktif dan seorang yang menyumbang bantuan dari segi kewangan, material atau khidmat nasihat yang dapat menjayakan masa depan serta objektif pertubuhan ini. Kad ini tidak boleh disalahgunakan atau menyamar sebagai anggota Kerajaan. Setiap kad ini dikawal dengan pendafatran dan mana-mana individu yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan Pelantikan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Untuk mendaftar Ahli Kehormat VIP (AKV) sila gunakan borang online yang disediakan dan pendaftaran ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Ahli Kehormat VIP ini akan menerima surat lantikan, sijil penghargaan, kad ahli, pelekat kereta, crest kereta, uniform 1 Malaysia, insuran kemalangan PERCUMA dan juga pelbagai bantuan serta akses peluang perniagaan dan juga dapat melibatkan diri dalam program-program anjuran KER1M dan ini termasuk penyediaan surat-surat sokongan serta peluang perniagaan dan pelaburan. Kad Ahli ini tidak boleh ditukar milik dan sah lakunya untuk tempoh setahun. Caj minimum dikenakan untuk pembaharuan setiap tahun. Setiap Ahli Kehormat VIP hanya terdiri daripada status tertinggi dan juga merupakan Ahli yang Aktif menjalankan program-program CSR. Keahlian ini kebiasaan ditawarkan kepada sektor korporat, GLC, GLIC dan agensi-agensi yang terpilih termasuk kepada Ahli-ahli Politik dan Kerajaan. Pembayaran Yuran dikecualikan kepada Ahli Kabinet Kerajaan Sahaja.